Updates from Jun, 2008 Toggle Comment Threads | Kekunci Pintas

  • amkksAdmin 9:03 AM on June 30, 2008 Pautan Kekal |  

    Oleh Biro Penerangan PKR   
    Isnin, 30 Jun 2008
    PAKATAN Rakyat percaya bahawa laporan polis yang dibuat terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kononnya beliau meliwat seorang pembantunya tidak lebih daripada hanya pengulangan pertuduhan tahun 1998 bagi menghancurkan karier politik beliau.

    Ini dilakukan sebagai tindakbalas kepada kemungkinan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat dalam masa terdekat.

    Skandal 1998 telah memperlihatkan bagaimana seluruh institusi negara dimanipulasi bagi kepentingan pihak tertentu yang akhirnya dibuktikan satu demi satu pada hari ini. Kredibiliti kerajaan pusat akan hilang di mata rakyat, keyakinan pelabur akan terjejas dan nama Malaysia di mata dunia akan tercemar. Proses membangunkan semula negara akan terganggu dan memakan masa. Oleh itu kami menyeru agar pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan adil dan telus terhadap dakwaan ini.

    Oleh kerana kredibiliti Polis DiRaja Malaysia sudah hilang di mata rakyat apabila Ketua Polis Negara pada ketika itu sendiri menyebabkan kecederaan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim sewaktu skandal 1998, kami menuntut agar suatu badan bebas khas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan terbaru ini.

    Dato’ Seri Anwar juga percaya terdapat cubaan yang mengancam nyawa beliau sehingga memaksa beliau meminta perlindungan di Kedutaan negara luar. Pihak berkuasa perlu mengambil segala tindakan yang sepatutnya demi menjamin keselamatan beliau dan memberikan peluang sewajarnya untuk beliau mempertahankan diri bagi dakwaan kali ini.

    Dokongan Terhadap Gabungan PROTES

    Kami juga menyeru rakyat Malaysia agar tidak hilang fokus terhadap permasalahan sebenar yang memberikan kesan kepada kehidupan harian iaitu kenaikan harga minyak yang telah dibuat tanpa kewajaran. Sekali lagi Pakatan Rakyat mengulangi sokongan penuh kepada Gabungan Protes yang berkempen mendesak penurunan harga minyak sebagai langkah utama untuk mengurangkan beban rakyat. Pakatan Rakyat akan turut hadir bersama Gabungan Protes pada 6 Julai 2008 di Padang Timur, Petaling Jaya untuk memberi sokongan penuh kepada rakyat.  
     
     
     

     

    YB Dr Wan Azizah Wan Ismail YB Ustaz Nasharudin Mat Isa YAB Lim Guan Eng
    Presiden PKR Timbalan Presiden Pas Setiausaha Agung DAP
     
  • amkksAdmin 5:37 AM on June 30, 2008 Pautan Kekal |  

    Isnin, 30 Jun 2008 • Kategori: Berita Utama

    KUALA LUMPUR, 30 Jun (SK) – Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman terhadap  Mohd Saiful Bukhari Azlan diatas dakwaan jahat Saiful yang mengatakan beliau telah diliwat oleh Anwar.

    Writ saman berkenaan didaftarkan menerusi Tetuan Ranjit Ooi & Robert Low pagi ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

     
  • amkksAdmin 3:20 AM on June 30, 2008 Pautan Kekal |  

    29 Jun 2008
    I am issuing this statement from within the embassy of the Republic of Turkey in Kuala Lumpur. I was transported to the embassy earlier this morning fearing that my personal safety was in danger.  I thank all those who offered to assist me in this time of need and am grateful to the Turkish Ambassador for extending an invitation to seek refuge within the Embassy.

    Since the March 8th elections, numerous credible sources from within the government and military intelligence have advised me that certain agents from within Barisan Nasional leadership have initiated plots to cause harm to me or my family or my supporters.  I have been told that my assassination has not been ruled out as means to subvert the people’s will and bring an end to the transformational changes taking place in Malaysia. Notwithstanding the threats which are intended to silence my voice, I intend make public new evidence implicating that the Inspector General of the Police Musa Hassan and the Attorney General Gani Patail engaged in criminal acts of fabricating evidence in cases launched against me in 1998.

    The allegations that have been made against me on Saturday are nothing more than a replay of the events which transpired in 1998 when I was sacked from the office of the Deputy Prime Minister, jailed and beaten, and then charged and convicted by a kangaroo court for crimes which I never committed.  This charade was orchestrated by a corrupt Barisan Nasional leadership which made use of the entire apparatus of the state power including its control of the judiciary, the police force, and its grip on the mainstream media.  These actions are being repeated today to undermine the forces of reform and renewal which were unleashed in the March 2008 elections. 

    I would like to assure my family, friends and supporters in Malaysia that I am safe and remain committed as ever before to continuing the struggle for a free and just Malaysia.

    ANWAR IBRAHIM

     
c
Compose new post
j
Next post/Next comment
k
Previous post/Previous comment
r
Balas
e
Ubah
o
Show/Hide comments
t
Go to top
l
Go to login
h
Show/Hide help
shift + esc
Batal