Updates from Julai, 2008 Toggle Comment Threads | Kekunci Pintas

  • amkksAdmin 2:42 AM on July 7, 2008 Pautan Kekal |  

     
  • amkksAdmin 2:24 AM on July 7, 2008 Pautan Kekal |  

    Muda Mohd Noor | Jul 6, 08 11:05pm (Malaysiakini)

    Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup bersumpah dan dibicarakan di mahkamah syariah terhadap tuduhan liwat terhadapnya, dengan syarat ia mengikut undang-undang syariah sepenuhnya.

    anwar ibrahim protes fuel price hike rally mppj stadium 070708“Saya mencabar mereka memberikan bukti-bukti sebelum menuduh dan mengaitkan saya,” katanya dalam cermah kepada kira-kira 25,000 di Stadium Kelana Jaya, di Petaling jaya malam ini.

    “Saya sedia menerima apa sahaja hukuman jika dibuat mengikut undang-undang yang adil.

    “Saya akan tunduk jika mereka boleh memberikan bukti tuduhan terhadap saya.

    “Jika mahu saya bersumpah dengan nama Allah, Insya-Allah saya akan lakukan,” katanya diikuti tepukan gemuruh para hadirin.

    Ucapan beliau malam ini merupakan acara kemuncak perhimpunan rakyat membantah kenaikan harga minyak hari ini.

    Menurut Anwar lagi, pada 1998, katanya, beliau dituduh dengan kes yang hampir sama.

    “Saya telah bertanya kepada ulama-ulama, mereka melarang saya bersumpah.

    “Tetapi saya tetap bersumpah, namun saya dipukul dan dipenjarakan.

    ‘Selamatkan M’sia’

    “Mengapa kes ini dibangkitkan sekarang? Kerana kita maju ke depan. Kamu main drama Sivaji The Boss, kita main drama Sivaji The Boss.

    “Malaysia mesti diselamatkan, Malaysia mesti diselamatkan, Malaysia mesti diselamatkan…,” ulang Anwar sambil disambut temukan gemuruh dan laungan reformasi.

    Pada 28 Jun lalu, pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa mantan timbalan perdana menteri itu meliwatnya di Kondominium Desa Damansara, beberapa kali sekitar bulan Jun lalu.

    Sebelum ini, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan supaya isu liwat yang mengaibkan itu diselesaikan secara mubahalah atau “sumpah” sekiranya ia tidak dapat diselesaikan secara perundangan dunia.

    Semalam, Pergerakan Pemuda Umno Terengganu meminta mufti Perlis itu tampil sebagai orang tengah bagi membawa mereka yang terbabit dalam mubahalah dengan alasan Dr Mohd Asri tidak dipengaruhi mana-mana badan politik.

    Dan hari ini, Dr Mohd Asri mencadangkan Mursyidul Am Pas menjadi orang tengah yang akan membawa Anwar dan Saiful untuk “mubahalah” atau ‘bersumpah’ sebagai jalan penyelesaian isu liwat yang kini menjadi tumpuan nasional.

    Sedia berdebat 

    Dalam ceramahnya juga, Anwar mendakwa beliau tidak mahu isu tuduhan liwat ini menjadi isu peribadi beliau.

    “Tetapi (ia) diulang dengan jahat dan (dengan) fitnah yang kejam. Kita tidak terima ini.

    “Saya akan bongkar habis-habisan. Siasatan polis tidak seteruk tahun 1998-1999 tetapi akan beri kerjasama penuh untuk siasatan,” kata Anwar lagi.

    Anwar berkata, jika beliau dipukul, ditangkap dan dipenjarakan lagi, ia tidak akan menyelesaikan masalah.

    Beliau bertanya selama enam tahun beliau di dalam penjara, adakah politik baik, rasuah turun dan harga minyak turun?

    Ketua umum PKR itu berkata, politik sudah tidak terkawal dan kerajaan Pakatan Rakyat mahu memulihkan keyakinan pelabur.

    Mengenai dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamid Albar bahawa beliau memberi maklumat kepada Amerika Syarikat, Anwar berkata:

    “Kalau ada bukti saya telefon dan surat yang saya hantar kepada Amerika Syarikat, saya boleh diambil tindakan.

    “Jika tidak saya akan saman kamu,” katanya disambut tepukan gemuruh pada hadirin.

    Anwar juga berkata, beliau sedia berdebat dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek pada 15 Julai ini berhubung isu kenaikan harga minyak.

    Bagaimanapun, katanya, lebih baik debat itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

     
  • amkksAdmin 2:13 AM on July 7, 2008 Pautan Kekal |  

    Perhimpunan rakyat di Kelana Jaya
    Jul 6, 08 10:22am(Malaysiakini) 
    Perhimpunan rakyat membantah kenaikan harga minyak bermula kira-kira jam 10.15 tadi dengan ucapan penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli.
    protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 11Pada jam 10.20 pagi tadi, terdapat kira-kira 5,000 dalam Stadium Kelana Jaya. Jumlahnya semakin bertambah kerana orang ramai sedang masuk ke dalam stadium.Jumlah orang ramai meningkat kepada kira-kira 10,000 pada kira-kira jam 12.30 tengahari. Mereka memakai baju-T berwarna merah yang tertera dengan tulisan Protes sampai turun dan gambar pam minyak.

    Pada masa yang sama risalah yang bertajuk Minyak Oh Minyak turut diedarkan kepada para hadirin.

    Turut berucap setakat ini ialah wakil Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf), S Jayathas; Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu dan Pengarah Eksekutif Tenaga, Irene Fernandez.

    Dalam ucapannya tadi, Dr Hatta yang juga ahli Parlimen Kuala  Kraiprotes fuel price hike rally mppj stadium 070708 04 berkata, rakyat menjadi bidak-bidak catur yang disuruh berkorban dan mengubah cara hidup dan pelbagai cadangan yang  karut-marut dari kerajaan.

    Ucapan mereka diselangseli dengan teriakan takbir, reformasi dan makhal sakti.

    Difahamkan, program sepanjang hari ini akan dipenuh dengan ucapan para pemimpin, khususnya dari Pakatan Rakyat.

    Manakala di luar kawasan stadium terdapat gerai-gerai di sepanjang jalan di situ yang mula berniaga sejak semalam.

    protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 06Mengikut program yang disediakan, para pemimpin Pemuda dan Wanita Pakatan Rakyat akan berucap mulai jam 2 petang ini.

     

     

     

     

    protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 13Mereka yang disenaraikan untuk berucap ialah Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Salahuddin Ayub; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar; Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin, Wan Hasrina Wan Hassan (PAS) dan Dr Siti Mariah Mahmud (PAS) dan Nathan dari Alligal.

    Pada jam 3 petang pula, acara pra puncak 1 akan berlangsung dengan ucapan barisan pemimpin yang terdiri daripada Anthony Loke (DAP), Teresa Kok (DAP), Datuk Kamaruddin Jaffar (PAS), Dr D Jayakumar (PAS), Azmin Ali (PKR) dan Mohamad Sabu (PAS).

    Manakala persembahan dikir barat pula akan dijadualkan pada jam 4 petang, diikuti dengan persembahan muzik politik.

    protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 07Acara pra puncak 11 pula akan berlangsung pada jam 5 petang dengan ucapan oleh pimpinan kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

    Mereka terdiri daripada Tan Sri Khalid Ibrahim (menteri besar (MB) Selangor), Lim Guan Eng (ketua menteri Pulau Pinang), Datuk Husam  Musa (wakil MB Perak) dan Datuk Ngah Kor Ming (wakil MB Perak).

    Sekali lagi para hadirin akan dihiburkan dengan persembahan dikir barat pada jam 6 petang.

    Ini diikuti oleh solat Maghrib dan solat Hajat berjemaah.

    Pada jam 8.15 malam, akan berlangsung persembahan teater oleh wakil Kampung Berembang dan diikuti dengan persembahan muzik politik.

    protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 06Selepas itu para hadirin akan dipersembahan dengan imbasan warisan PROTES 2006-2008.

    Manakala acara kemuncak ialah pidato protes sejuta rakyat yang akan disampaikan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, pemimpin DAP Lim Kiat Siang dan Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim.

     
  • amkksAdmin 1:58 AM on July 7, 2008 Pautan Kekal |  

    Abdul Rahim Sabri & JImadie Shah Othman | Jul 6, 08 7:58pm (Malaysiakini)
     
    Penonton di Stadium Kelana Jaya bertindak membaling botol air ke arah pentas kerana membantah tindakan penyanyi kumpulan Carburator Dung menunjukkan punggung ke arah mereka.Peristiwa berlaku ketika penyanyi tersebut menyampaikan lagu terakhir bertajuk Jilat. Selain beberapa kali menunjukkan punggung, penyanyi itu turut menarik-narik seluar dalamnya.protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 26Penonton yang marah dengan tindak tanduk penyanyi tersebut bertindak membaling botol ke arahnya.Malah, ada penonton yang kelihatan menyerbu ke arah penyanyi tersebut dan terpaksa ditenangkan oleh anggota Skuad AMK.

    Ekoran itu, skuad AMK terpaksa membawa anggota kumpulan seramai empat orang itu beredar di situ bagi melindungi keselamatan mereka.

    Kejadian tersebut berlaku pada kira-kira 7 malam di hujung persembahan mereka.

    Sebelum itu, keadaan meriah ketika kumpulan itu menyampaikan tiga buah lagi – sebuah lagi inggeris, dan dua buah lagi Melayu – Tak boleh dan Hantu raya di Putrajaya – yang berunsur satira politik.

    Seramai kira-kira 2,000 penontoh hadir menyaksikan persembahan mereka.

    Penulis Hishammuddin Rais kemudiannya memohon maaf kepada para penonton dan berkata beliau bertanggungjawab di atas yang berlaku.

    Beliau juga menjelaskan beliau yang membawa kumpulan tersebut dan mereka tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik.

    Hishammuddin juga kelihatan terlalu sedih dan mengalirkan air mata.

     
c
Compose new post
j
Next post/Next comment
k
Previous post/Previous comment
r
Balas
e
Ubah
o
Show/Hide comments
t
Go to top
l
Go to login
h
Show/Hide help
shift + esc
Batal