Penonton ‘mengamuk’ penyanyi tunjuk punggung
Abdul Rahim Sabri & JImadie Shah Othman | Jul 6, 08 7:58pm (Malaysiakini) |
Penonton di Stadium Kelana Jaya bertindak membaling botol air ke arah pentas kerana membantah tindakan penyanyi kumpulan Carburator Dung menunjukkan punggung ke arah mereka.Peristiwa berlaku ketika penyanyi tersebut menyampaikan lagu terakhir bertajuk Jilat. Selain beberapa kali menunjukkan punggung, penyanyi itu turut menarik-narik seluar dalamnya.![]() Ekoran itu, skuad AMK terpaksa membawa anggota kumpulan seramai empat orang itu beredar di situ bagi melindungi keselamatan mereka. Kejadian tersebut berlaku pada kira-kira 7 malam di hujung persembahan mereka. Sebelum itu, keadaan meriah ketika kumpulan itu menyampaikan tiga buah lagi – sebuah lagi inggeris, dan dua buah lagi Melayu – Tak boleh dan Hantu raya di Putrajaya – yang berunsur satira politik. Seramai kira-kira 2,000 penontoh hadir menyaksikan persembahan mereka. Penulis Hishammuddin Rais kemudiannya memohon maaf kepada para penonton dan berkata beliau bertanggungjawab di atas yang berlaku. Beliau juga menjelaskan beliau yang membawa kumpulan tersebut dan mereka tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik. Hishammuddin juga kelihatan terlalu sedih dan mengalirkan air mata. |
Balas
Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.