Perhimpunan rakyat di Kelana Jaya
Perhimpunan rakyat di Kelana Jaya |
Jul 6, 08 10:22am(Malaysiakini) |
Perhimpunan rakyat membantah kenaikan harga minyak bermula kira-kira jam 10.15 tadi dengan ucapan penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli.![]() Pada masa yang sama risalah yang bertajuk Minyak Oh Minyak turut diedarkan kepada para hadirin. Turut berucap setakat ini ialah wakil Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf), S Jayathas; Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu dan Pengarah Eksekutif Tenaga, Irene Fernandez. Dalam ucapannya tadi, Dr Hatta yang juga ahli Parlimen Kuala Krai Ucapan mereka diselangseli dengan teriakan takbir, reformasi dan makhal sakti. Difahamkan, program sepanjang hari ini akan dipenuh dengan ucapan para pemimpin, khususnya dari Pakatan Rakyat. Manakala di luar kawasan stadium terdapat gerai-gerai di sepanjang jalan di situ yang mula berniaga sejak semalam.
Pada jam 3 petang pula, acara pra puncak 1 akan berlangsung dengan ucapan barisan pemimpin yang terdiri daripada Anthony Loke (DAP), Teresa Kok (DAP), Datuk Kamaruddin Jaffar (PAS), Dr D Jayakumar (PAS), Azmin Ali (PKR) dan Mohamad Sabu (PAS). Manakala persembahan dikir barat pula akan dijadualkan pada jam 4 petang, diikuti dengan persembahan muzik politik.
Mereka terdiri daripada Tan Sri Khalid Ibrahim (menteri besar (MB) Selangor), Lim Guan Eng (ketua menteri Pulau Pinang), Datuk Husam Musa (wakil MB Perak) dan Datuk Ngah Kor Ming (wakil MB Perak). Sekali lagi para hadirin akan dihiburkan dengan persembahan dikir barat pada jam 6 petang. Ini diikuti oleh solat Maghrib dan solat Hajat berjemaah. Pada jam 8.15 malam, akan berlangsung persembahan teater oleh wakil Kampung Berembang dan diikuti dengan persembahan muzik politik.
Manakala acara kemuncak ialah pidato protes sejuta rakyat yang akan disampaikan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, pemimpin DAP Lim Kiat Siang dan Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim. |
Balas
Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.