Updates from Ogos, 2008 Toggle Comment Threads | Kekunci Pintas

  • amkksAdmin 7:44 PM on August 29, 2008 Pautan Kekal |  

    KUALA LUMPUR 29 OGOS (SK) – Sempena bulan kemerdekaan, satu himpunan yang bertemakan Himpunan Keluarga Merdeka 2008 akan dianjurkan di 29 Ogos ini.

    Bertempat di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, majlis yang dianjurkan oleh Wanita KeADILan turut meraikan kemenangan rakyat selepas kejayaan Anwar Ibrahim dilantik kembali sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

    Himpunan itu juga akan menyaksikan pengiktirafan keatas jasa-jasa Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan penganugerahan Tokoh Serikandi Rakyat di atas sumbangan beliau kepada perjuangan reformasi dan rakyat.

    Selain Anwar dan Dr Wan Azizah, Ketua Wanita KeADILan yang juga Ahli Parlimen Ampang, Saifuddin Nasution Ismail dan Dr Tan Yee Kew akan turut hadir di dalam majlis ini.

    Semua rakyat dijemput hadir ke himpunan ini, majlis akan bermula pada jam 3 petang.

     
  • amkksAdmin 10:00 PM on August 23, 2008 Pautan Kekal |  

    KENYATAAN MEDIA
    ANGKATAN MUDA MALAYSIA

    23 Ogos 2008

     

    Harga Minyak Turun: Bukti BN Alami Sindrom “Anwarphobia”
    Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melihat tindakan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi menurunkan harga minyak semalam adalah satu usaha terdesak bagi meraih semula populariti di kalangan rakyat.

    Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada 2.55 sen seliter,manakala harga runcit petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa hari ini. Harga diesel pula diturunkan 8 sen, daripada RM2.58 kepada RM2.50 seliter.

    AMK berpendapat ini adalah tindakan terdesak Abdullah setelah beliau menafikan sekeras-kerasnya sebelum ini bahawa beliau tidak akan menurunkan harga minyak sebelum 1 September 2008. Apakah sikap berbohong sudah menjadi taktik Abdullah di dalam menyusun strategi pemerintahan Malaysia?

    AMK tidak menafikan sebarang usaha untuk menurunkan harga minyak adalah baik, tetapi apakah cukup sekadar penurunan 15 sen bagi petrol dan 8 sen bagi diesel, sedangkan rakyat sudah semakin menderita dengan kekangan kos sara hidup yang semakin menggila dari hari ke hari. Penurunan pada kadar 6 peratus tidak memberi apa-apa signifikan langsung di sebalik penurunan harga mendadak harga minyak dunia yang kini dianggarkan pada kadar USD115 per tong.

    Penurunan ini langsung tidak membawa apa-apa kesan, di sebalik kadar inflasi sebanyak 8.5 peratus yang dilaporkan paling parah dalam tempoh 25 tahun telah dicatatkan melalui perangkaan Kenanga Investment Bank dan Bank Negara.

    AMK melihat, tindakan ini tidak lebih untuk tujuan mengaburi mata rakyat di sebalik tekad dan komitmen Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menjanjikan penurunan 70 sen harga minyak sebaik sahaja Pakatan Rakyat memerintah.

    ‘Lakonan’ Umno-BN boleh diteruskan, tetapi rakyat tidak bodoh untuk terus dipermainkan di sebalik tekanan ekonomi yang sangat parah.

    Biar apapun usaha Umno-BN kini, rakyat perlu dimerdekakan ekonomi mereka dengan kepimpinan baru yang lebih progresif di bawah Pakatan Rakyat.

    Shamsul Iskandar Mohd Akin
    Ketua
    Angkatan Muda Keadilan Malaysia

     
  • amkksAdmin 3:11 PM on August 17, 2008 Pautan Kekal |  

    Kenyataan Media
    Angkatan Muda Keadilan Malaysia
    Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melihat sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful Bukhari pada 15 Ogos 2008 lebih banyak menimbulkan persoalan berbanding merungkai kekeliruan.

    16 Ogos 2008

    Sumpah Saiful Bermotif Politik Sempit & Penuh Keraguan

     

    Beliau secara terbuka menegaskan bahawa beliau tidak rela diliwat dan diliwat secara paksa, sedangkan di dalam pertuduhan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu dakwaan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful secara sukarela. Justeru dalam kes ini, yang mana satu terpakai, suka-sama-suka ataupun secara paksa?

    Kenyataan bahawa ‘beliau diliwat kali pertama pada 26 Jun 2008’ sekaligus melengkapkan keraguan munasabah episod dakwaan dangkal ke atas Datuk Seri Anwar, apabila dalam laporan akhbar utama akhir Jun dan awal Julai lepas melaporkan bahawa Saiful mendakwa dia diliwat beberapa kali oleh Datuk Seri Anwar, kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Damansara.

    Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengakui bahawa Saiful datang bertemu dengan beliau pada 25 Jun 2008 untuk melaporkan mengenai Saiful diliwat beberapa kali. Keraguan juga timbul, apakah tujuan sebenar Saiful menemui Najib pada 25 Jun 2008 tersebut sekiranya beliau hanya diliwat pada 26 Jun 2008 sebagaimana didakwa semalam?

    Persoalan timbul mengapa wujud percanggahan ketara di dalam dua fakta utama kes ini.

    AMK berpegang teguh atas prinsip yang ditegaskan oleh Ulama‘ tersohor dunia, Sheikh Taha Jabir melalui fatwanya bahawa ‘persoalan sumpah langsung tidak disebut oleh para ahli Fekah’. Adalah lebih tepat bagi Saiful untuk membawa kes ini mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 berbanding sumpah laknat yang tidak boleh digunapakai dalam kes ini.

    Pendakwaan yang dibuat oleh Dato’ Seri Anwar di bawah hukum Qazaf yang dikemukakan kepada JAWI adalah lebih menepati kehendak syariat sepertimana firman Allah dalam surah An-Nur ayat 4 dan ayat 11 hingga ayat 19.

    AMK juga percaya sepenuhnya bahawa sumpah laknat Saiful ini lebih bersifat politik, meskipun beliau menafikannya. Malah jelas terbukti di blog Saiful sendiri pada tarikh 1 Ogos 2008 bagaimana beliau mengucapkan ‘selamat bertanding’ kepada Dato’ Seri Anwar.

    Justeru adalah sangat memualkan tatkala Islam terus disalahguna untuk tujuan mengaibkan sesama insan demi menyempurnakan perencanaan siasah songsang caturan pihak tertentu.

    AMK penuh yakin dan percaya, melihat kepada sokongan hebat 70,000 penyokong Pakatan Rakyat pada hari penamaan calon hari ini, adalah diyakini bahawa gelombang kebangkitan rakyat akan terus menang akhirnya, sekaligus menyanggah konspirasi politik yang dicatur untuk menjatuhkan Dato’ Seri Anwar.

    Shamsul Iskandar Mohd Akin
    Ketua
    Angkatan Muda Keadilan Malaysia

     
  • amkksAdmin 1:52 AM on August 15, 2008 Pautan Kekal |  

    KENYATAAN MEDIA
    13 OGOS 2008
    JANGAN PANJANGKAN ISU KEMASUKAN PELAJAR UiTM

    Shah Alam – Kerajaan Negeri Selangor peka terhadap laporan akhbar membabitkan kenyataan pembukaan 10% kuota UiTM kepada pelajar asing dan bukan bumiputra. Kerajaan Negeri ingin menjelaskan kenyataan tersebut adalah bukan dasar Kerajaan Pakatan Rakyat ataupun Parti Keadilan Rakyat. Ianya dibuat ketika Dato’ Menteri Besar Selangor menjawab soalan daripada pihak media tentang kemasukan pelajar asing dan bukan bumiputra ke dalam UiTM.

    Ulasan tersebut telah dibuat dari konteks mempertingkatkan mutu serta kualiti pendidikan tinggi di dalam era globalisasi sekaligus membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada pelajar Melayu dan Bumiputera. Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat amat kesal ulasan ini dilaporkan di luar konteks asal dan lebih menjurus kepada isu perkauman.

    Dato Menteri Besar ingin mengulangi pendirian bahawa Beliau tidak pernah bermaksud mempertikaikan hak-hak keistimewaan pelajar bumiputra dan sedar bahawa UiTM ditubuhkan bagi membantu mengangkat martabat pelajar Melayu serta bumiputra Sabah dan Serawak. Kerajaan Negeri terus menjunjung semangat Perlembagaan Persekutuan termasuk Artikel 153 Mengenai Hak-hak Istimewa  Orang Melayu.

    Dalam melaksanakan aspirasi bangsa melayu, UiTM sepatutnya tidak hanya memberi tumpuan terhadap isu kuota kemasukan. Ia juga perlu memberi lebih fokus dalam menaikkan mutu dan kemudahan universiti itu sendiri supaya ianya boleh dianggap sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang disegani diperingkat Negara dan juga Antarabangsa.

    Pihak Kerajaan Negeri menyeru supaya isu ini tidak dipanjangkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan mengingatkan pelajar supaya tidak terpengaruh dengan dakyah yang dimainkan oleh sesetengah pihak.

    Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri berharap supaya pelajar dan ahli akademik berusaha mengembeling tenaga menolong pihak Kerajaan Negeri dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan tinggi di Selangor serta sekaligus dapat menjayakan polisi “Merakyatkan Ekonomi Selangor”.

    Sekretariat Akhbar
    Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor

     
  • amkksAdmin 1:59 PM on August 1, 2008 Pautan Kekal |  

    Siaran Media
    1 Ogos 2008

    3 Ogos 2008: Sambutan Ulangtahun ke-5 Parti Keadilan Rakyat
    – 10 pagi Klang Excutive Club, Klang; 9 malam Seberang Jaya, Pulau Pinang

    Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan menyambut Ulangtahun ke-5 penubuhan Parti Keadilan Rakyat sempena kemasukan bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew dan 1,000 ahli baru ke dalam parti pada Ahad ini (3 Ogos).

    Majlis yang meraikan ulangtahun percantuman Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia serta kemasukan ahli baru beramai-ramai ini akan bermula dari 10 pagi ke 2 petang di Klang Executive Club.

    Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta pimpinan parti akan hadir bersama dalam majlis tersebut.

    Pada malam yang sama, Anwar Ibrahim dan Wan Azizah akan berucap dalam Ceramah Perdana “Pakatan Menuju ke Putrajaya” pada 9 malam di Tapak Ekspo Pertanian Seberang Jaya, Pulau Pinang bersama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang YB Lim Guan Eng dan Naib Presiden KeADILan YB Azmin Ali.

    (Nota Pembetulan: Tarikh asal Ceramah Perdana “Menuju ke Putrajaya” pada 2 Ogos telah ditukar kepada 3 Ogos di Seberang Jaya, Pulau Pinang.)

    BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

     
c
Compose new post
j
Next post/Next comment
k
Previous post/Previous comment
r
Balas
e
Ubah
o
Show/Hide comments
t
Go to top
l
Go to login
h
Show/Hide help
shift + esc
Batal