Siaran Media

Siaran Media
1 Ogos 2008

3 Ogos 2008: Sambutan Ulangtahun ke-5 Parti Keadilan Rakyat
– 10 pagi Klang Excutive Club, Klang; 9 malam Seberang Jaya, Pulau Pinang

Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan menyambut Ulangtahun ke-5 penubuhan Parti Keadilan Rakyat sempena kemasukan bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew dan 1,000 ahli baru ke dalam parti pada Ahad ini (3 Ogos).

Majlis yang meraikan ulangtahun percantuman Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia serta kemasukan ahli baru beramai-ramai ini akan bermula dari 10 pagi ke 2 petang di Klang Executive Club.

Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta pimpinan parti akan hadir bersama dalam majlis tersebut.

Pada malam yang sama, Anwar Ibrahim dan Wan Azizah akan berucap dalam Ceramah Perdana “Pakatan Menuju ke Putrajaya” pada 9 malam di Tapak Ekspo Pertanian Seberang Jaya, Pulau Pinang bersama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang YB Lim Guan Eng dan Naib Presiden KeADILan YB Azmin Ali.

(Nota Pembetulan: Tarikh asal Ceramah Perdana “Menuju ke Putrajaya” pada 2 Ogos telah ditukar kepada 3 Ogos di Seberang Jaya, Pulau Pinang.)

BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT