Updates from September, 2008 Toggle Comment Threads | Kekunci Pintas
-
amkksAdmin
-
amkksAdmin
Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Kuala Selangor23 September 2008
Pegawai Kerajaan jangan angkuh dan sombong dalam menjalankan tugas.
Angkatan Muda Keadilan Kuala Selangor ingin mengingatkan kepada
mana-mana Pegawai Kerajaan di Daerah Kuala Selangor agar lebih
berhemah dan bersopan dalam menjalankan tugas dan hubungan. AMK Kuala
Selangor tidak akan berkompromi dengan mana-mana Pegawai Kerajaan
yang biadap, angkuh dan tidak tahu menghormati orang lain lebih-lebih
lagi dari kalangan pemimpin parti dan masyarakat yang menjadi
penggerak dalam sesebuah komuniti.Ini berikutan insiden pada 20/9/2008 di mana Pegawai Daerah cuba
untuk memalukan Ketua AMK dan Jawatankuasanya serta beberapa orang
Ahli Majlis MDKS dimana beliau meninggalkan mereka ini dengan begitu
sahaja dalam keadaan terpinga-pinga sebelum bergerak untuk sessi
lawatan ke Tanjung Karang bagi melawat kawasan bencana ribut. AMK
telah menerima arahan untuk bersama dengan Pegawai Daerah mengiringi
Dato’ Menteri Besar dalam lawatan tersebut disamping melihat bantuan
yang dapat disalurkan dari pihak AMK. Malangnya, kehadiran AMK dan
Ahli Majlis MDKS seperti tidak disenangi dan tanpa bicara beliau terus
menghilangkan diri bersama KADO dan ADO.AMK amat kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh seorang Pegawai
Kerajaan yang dihormati dan sekali lagi mengingatkan bahawa AMK
bergerak atas dasar PRIHATIN dan secara AMAL tidak seperti beliau yang
sudah tentunya digajikan untuk bertugas dan AMK juga tidak mahu
Pegawai Kerajaan yang seperti ini berkhidmat di dalam Daerah Kuala
Selangor khususnya.Harapan Baru Untuk Malaysia
Mohd Faizal Baharuddin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Bahagian Kuala Selangor -
amkksAdmin
Nasib malang yang menimpa keluarga Nurazah Abu Bakar apabila anaknya dipercayai lemas di Jeti Tanjong Buah-buahan,Kg Kuantan mendapat perhatian AMK.
Ketua Angkatan Muda Kuala Selangor,Sdr Mohd Faizal dan rombongan AMK mengunjungi beliau sejurus selepas menerima berita tersebut untuk melahirkan perasan sedih dan simpati atas kehilangan adik Mohd Idham Abu Hasan,9 tahun.
Justeru itu, pihak AMK melalui Biro Kebajikan telah menyumbangkan bantuan dari Tabung Kebajikan AMK kepada ibu mangsa yang juga merupakan ibu tunggal bagi tujuan meringankan beban dan musibah yang ditanggung lebih-lebih lagi di Bulan Ramadhan dan menjelang Aidilfitri tak lama lagi.
Adik Mohd Idham dipercayai lemas setelah terjatuh dari Jeti ketika beliau sedang bermain di kawasan tersebut pada jam 4 petang 17 September 2008.
Angkatan Muda Keadilan Kuala Selangor mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap keluarga mangsa dapat tabah menghadapi ujian dariNYA.Alfatihah.
Balas
Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.