AMK anjur derma kilat

Nasib malang yang menimpa keluarga Nurazah Abu Bakar apabila anaknya dipercayai lemas di Jeti Tanjong Buah-buahan,Kg Kuantan mendapat perhatian AMK.

Ketua Angkatan Muda Kuala Selangor,Sdr Mohd Faizal dan rombongan AMK mengunjungi beliau sejurus selepas menerima berita tersebut untuk melahirkan perasan sedih dan simpati atas kehilangan adik Mohd Idham Abu Hasan,9 tahun.

Justeru itu, pihak AMK melalui Biro Kebajikan telah menyumbangkan bantuan dari Tabung Kebajikan AMK kepada ibu mangsa yang juga merupakan ibu tunggal bagi tujuan meringankan beban dan musibah yang ditanggung lebih-lebih lagi di Bulan Ramadhan dan menjelang Aidilfitri tak lama lagi.

Adik Mohd Idham dipercayai lemas setelah terjatuh dari Jeti ketika beliau sedang bermain di kawasan tersebut pada jam 4 petang 17 September 2008.

Angkatan Muda Keadilan Kuala Selangor mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap keluarga mangsa dapat tabah menghadapi ujian dariNYA.Alfatihah.