Kenyataan Media

 

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Kuala Selangor

23 September 2008

Pegawai Kerajaan jangan angkuh dan sombong dalam menjalankan tugas.

Angkatan Muda Keadilan Kuala Selangor ingin mengingatkan kepada
mana-mana Pegawai Kerajaan di Daerah Kuala Selangor agar  lebih
berhemah dan bersopan dalam menjalankan tugas dan hubungan. AMK Kuala
Selangor
  tidak  akan berkompromi dengan mana-mana Pegawai Kerajaan
yang biadap, angkuh  dan tidak tahu menghormati orang lain lebih-lebih
lagi dari kalangan pemimpin parti dan masyarakat yang menjadi
penggerak dalam sesebuah komuniti.

Ini berikutan insiden pada 20/9/2008 di  mana Pegawai Daerah cuba
untuk memalukan Ketua AMK dan Jawatankuasanya serta beberapa orang
Ahli Majlis MDKS dimana beliau meninggalkan mereka ini dengan begitu
sahaja dalam keadaan terpinga-pinga sebelum bergerak untuk sessi
lawatan ke Tanjung Karang bagi melawat kawasan bencana ribut. AMK
telah menerima arahan untuk bersama dengan Pegawai Daerah mengiringi
Dato’ Menteri Besar dalam lawatan tersebut disamping melihat bantuan
yang dapat disalurkan dari pihak AMK. Malangnya, kehadiran AMK dan
Ahli Majlis MDKS seperti tidak disenangi dan tanpa bicara beliau terus
menghilangkan diri bersama KADO dan ADO.

AMK amat kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh seorang Pegawai
Kerajaan yang dihormati dan sekali lagi mengingatkan bahawa AMK
bergerak atas dasar PRIHATIN dan secara AMAL tidak seperti beliau yang
sudah tentunya digajikan untuk bertugas dan AMK juga tidak mahu
Pegawai Kerajaan yang seperti ini berkhidmat di dalam Daerah Kuala
Selangor
khususnya.

Harapan Baru Untuk Malaysia

Mohd Faizal Baharuddin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Bahagian Kuala Selangor