Kenyataan Media AMK

amk_kenyataan-akhbar

 

Kenyataan Media

 

Kerajaan Diminta Proaktif Untuk Menurunkan Harga Barangan Pengguna

 

 

Angkatan Muda Keadilan

Bahagian Kuala Selangor

 

 

Selaras dengan pengumuman kerajaan terhadap pengurangan harga pertrol dan diesel baru-baru ini. Angkatan Muda Keadilan Bahagian Kuala Selangor meminta agar kerajaan secara serius dan proaktif berusaha mengurangkan harga barangan di pasaran yang ketika ini amat membebankan semua lapisan rakyat. Justeru kita mendesak agar kerajaan turut bertindak dan memikirkan bagaimana rakyat dapat menikmati harga barangan pada kos yang lebih rendah setelah kenaikan yang amat tinggi sebelum ini.

 

AMK juga meminta agar kerajaan membuat pemantauan harga daripada peringkat awal pengeluaran seperti harga di kilang dan pembekal seterusnya kepada peniaga runcit. Dengan melaksanakan mekanisma kawalan harga pada peringkat awal maka para peniaga runcit dapat menjual pada kos yang paling minimum. Ini secara tidak langsung rakyat mendapat harga pada paras yang lebih rendah.

 

        Pada kenyataan media ini juga AMK  menggesa agar kerajaan pusat dan Kerajaan Negeri Selangor menyediakan pelan kecemasan dalam berhadapan situasi ekonomi global yang sedang menuju era kemelesetan ekonomi yang teruk pada masa hadapan. Kita mengharapkan agar kepentingan rakyat diutamakan terlebih dahulu dalam usaha menyelamatkan ekonomi negara. Usaha awal dalam berhadapan situasi gawat ini amat perlu sebelum kita terlambat dalam menyediakan sebarang pakej untuk menyelamatkan ekonomi negara kelak.

 

        Akhirnya AMK mengharapkan semua pihak bersedia untuk berhadapan dengan situasi ekonomi dunia yang mana impak dan kesannya juga akan melanda negara jika kita tidak cukup bersedia untuk berhadapan dengan situasi gawat ini.

 

 

Mohd Faizal Baharuddin

EXCO AMK Negeri Selangor

 

Merangkap

Ketua

Angkatan Muda Keadilan

Bahagian Kuala Selangor

 

Disediakan oleh :

Mohd Ezli Mashut (Ketua Penerangan AMK Bah.Kuala Selangor)

Biro Penerangan AMK Bahagian Kuala Selangor