Peluang pekerjaan harus diutamakan kepada rakyat negeri Selangor

mazli2Peluang pekerjaan harus diutamakan kepada rakyat negeri Selangor

 

Melihat kepada senario ekonomi negara yang agak merudum kebelakangan ini, pentadbiran kerajaan negeri Selangor di desak agar memberikan peluang-peluang yang ujud dan akan ujud dari anak syarikat kerajaan negeri Selangor diutamakan kepada rakyat negeri Selangor yang berkelayakan.

 

Difahamkan oleh sebahagian kakitangan yang berkhidmat di dalam anak-anak syarikat kerajaan negeri, terdapat beberapa individu yang dikenal pasti bukannya rakyat negeri selangor atau permastautin negeri Selangor telah mendapat peluang pekerjaan di organisasi terlibat.

 

Kerajaan negeri di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim di seru agar memantau dengan serius keadaan yang kurang menyenangkan perasaan rakyat negeri ini. Kenapa harus diberikan peluang kepada orang luar jika rakyat sendiri ramai yang masih menganggur ? Mengambil pepatah Melayu, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan!

 

AMK Selangor bertegas agar fenomena ini disedari oleh kepimpinan negeri Selangor samada kepada barisan Exco Kerajaan negeri mahupun Menteri Besar. Memang kita akui, di negeri Selangor ini peluang kerjaya banyak untuk di isi tetapi berikanlah keutamaan kepada rakyat negeri ini yang mempunyai kelayakan, bakat serta pengalaman.

 

Bukan bermaksud untuk menyemai semangat kenegerian tetapi adalah menjadi satu obligasi yang utama memastikan rakyat negeri Selangor diberikan peluang yang seadil-adilnya.

 

Keadilan untuk rakyat negeri Selangor.

 

Mazli Saring

Ketua Penerangan AMK Selangor