Kabinet Rakyat Baru Perlu Laksana Reformasi Dalam 100 Hari.

2629_89874750504_680935504_2794304_4441347_n   KENYATAAN MEDIA 

   ANGKATAN MUDA KEADILAN  BAHAGIAN KUALA SELANGOR

   PARTI KEADILAN RAKYAT

   02hb April 2009 bersamaan 06hb Rabiul Akhir 1430 H

 

BANTAHAN TERHADAP  DATO’ SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK SEBAGAI PERDANA MENTERI KE-6

       Angkatan Muda Keadilan Bahagian Kuala Selangor sebulat suara menolak kepimpinan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6. Penolakan ini bersandarkan kepada rekod beliau yang buruk disamping terpalit dengan pelbagai isu rasuah dan skandal. Pendedahan terbaru mengenai beliau yang dipaparkan di media-media antarabangsa telah menjejaskan imej negara dan rakyat Malaysia di peringkat global.

Justeru AMK menggerakkan kempen ‘ Say NO to Najib’ dan memobilasi rakyat di peringkat nasional dan antarabangsa dengan lebih hebat bagi menyedarkan rakyat  dan dunia bahawa negara kini menuju  ke arah sebuah negara diktator. Malahan kempen dan kesedaran ini akan diteruskan walaupun beliau telah dilantik secara rasmi.

AMK juga dalam kenyataan media ini mendesak dalam tempoh 100 hari pertama barisan kabinet baru negara agar memberikan perhatian khusus kepada lima perkara tersebut.

Pertama,mengembalikan keyakinan terhadap sistem keadilan dan kehakiman di negara ini. Memastikan bahawa sistem kehakiman negara dapat melaksanakan tugasnya ‘without fear and favour’.

Kedua, agenda memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di semua peringkat diperkasakan. Pengistiharan harta kabinet baru kepada umum dilaksanakan.

Ketiga,memperkukuh kembali ekonomi negara dan meletakkan kembali daya saing negara di peringkat serantau dan global. Menumpukan pelan pemulihan ekonomi negara untuk berhadapan cabaran krisis ekonomi dan kewangan global.

Keempat, menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menjamin keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang,menjamin kebebasan akhbar dan bersuara. Sistem berpolitik dan demokrasi yang adil dan saksama.

Kelima,memastikan kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat dalam menangani isu kepentingan rakyat,pembangunan,kewangan dan kebajikan dapat dilaksanakan dengan lebih terbuka dan adil.

AMK juga akan terus memantau prestasi kabinet baru negara agar mengambil pendekatan yang bijak dan adil ketika melaksanakan tugas dan harapan baru untuk kesejahteraan rakyat Malaysia. Malahan AMK mahu melihat agar barisan kabinet baru ini bebas daripada sebarang dakwaan rasuah,salah guna kuasa dan skandal.


AMK juga terus menerus meletakkan keyakinan yang tinggi kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia untuk memastikan sistem politik dan pentadbiran negara tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalam dan luar negara dalam penentuan halatuju ,polisi dan dasar luar negara.

       Akhirnya, sekali lagi dinyatakan AMK akan terus menggerakkan rakyat untuk menjadikan negara ini melaksanakan sistem keadilan sosial,pentadbiran negara yang adil serta amanah, serta menjadikan negara ini menjadi role model sebuah negara yang rakyatnya mempunyai tamadun yang tinggi dan dihormati.

Kenyataan Akhbar Oleh :

Mohd Ezli Mashut

Ketua Penerangan AMK Bahagian Kuala Selangor

Parti Keadilan Rakyat

017-6543974