Updates from April, 2009 Toggle Comment Threads | Kekunci Pintas

  • amkksAdmin 11:27 PM on April 14, 2009 Pautan Kekal |  

    cabinet-bayangan2-copy

     

    Tentera Wataniah Di Semua Kawasan Parlimen – Zahid Hamidi


    BAGAN DATOH, 12 April (Bernama) — Kementerian Pertahanan akan menubuhkan satu batalion Tentera Wataniah di kesemua 222 kawasan Parlimen dalam usaha memantapkan sistem pertahanan bagi seluruh negara, kata Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Beliau berkata pasukan pertahanan itu akan mengandungi 300 anggota bagi setiap platun yang terdiri pelbagai kaum dan bilangan anggota secara keseluruhan dijangka 600,000 dalam tempoh lima tahun akan datang.

    “Penubuhan Tentera Wataniah adalah sebagai usaha untuk membantu angkatan tentera dalam menjalankan tugas menjaga keamanan negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis kesyukuran atas pelantikan beliau sebagai Menteri Pertahanan di sini hari ini.

    Katanya kementerian itu juga akan mewujudkan persatuan bekas veteran tentera sebagai tanda penghargaan di atas perkhidmatan mereka dalam pasukan pertahanan pada masa lalu.

    Beliau berkata kementerian akan mewujudkan dana kebajikan bagi tujuan membantu meringankan beban bekas tentera yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.

    Ahmad Zahid berkata kementerian juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk menambahkan lagi jumlah pasukan kadet tentera di sekolah supaya pelajar dapat diberi pendedahan awal mengenai pasukan pertahanan selain membina semangat patriotisme di kalangan mereka.

    Terdahulu dalam ucapannya, beliau mengumumkan penubuhan satu batalion Kem Tentera di kawasan seluas 80 hektar berhampiran Ladang Jenderata di Hutan Melintang di sini serta sebuah pangkalan mini Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Jeti Bagan Datoh.

    — BERNAMA

    Bongkar! UMNO cuba menggunakan taktik yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meraih kemenangan semula melalui penipuan.

    Ini berdasarkan kepada kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Kementerian Pertahanan akan menubuhkan satu batalion Tentera Wataniah di kesemua 222 kawasan Parlimen dalam usaha memantapkan sistem pertahanan bagi seluruh negara.

    Beliau berkata pasukan pertahanan itu akan mengandungi 300 anggota bagi setiap platun yang terdiri pelbagai kaum dan bilangan anggota secara keseluruhan dijangka 600,000 dalam tempoh lima tahun akan datang.

    Mengimbas kembali pilihan raya 1999 Najib hanya menang dengan majoriti 242 undi. Itu pun selepas dibawa masuk tambahan 2,400 undi dalam bentuk undi pos. Apabila konstituensi itu diubah semula, satu kem pasukan tentera darat dan tentera udara telah diselitkan daripada kawasan Mentakab dan Kuantan, sekali gus menokok 4,000 undi dalam lingkungan kawasan pilihan raya Pekan. Pada luaran sahaja Dato Najib pasti mampu menang mudah di sana. Kemenangan Najib bagi tahun 2004 jauh lebih besar.

    Dengan cara yang sama itulah Najib kini mengajar Zahid Hamidi untuk mempergunakan Kementerian Pertahanan bagi menambahkan undi untuk UMNO-Barisan Nasional untuk pilihanraya akan datang. Taktik kotor dirancang supaya kesannya berpihak kepada mereka untuk setidak-tidaknya di dalam pilihanraya umum akan datang.

    Kita boleh mengesan penipuan pengundi-pengundi pos yang mana nama seorang pengundi terdapat lebih dari satu. Atau dengan kata mudah, nama dia ada kat tempat lain jugak dengan mengubah sedikit nombor tentera yang dipegang oleh seseorang pengundi. 

    Sebagai contoh:

    Sila semak secara ‘random’ nama2 dibawah ni di database SPR dan saksikan sendiri jawapan nya… http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/

    Match 1
    T0705196, SHAMSUDDIN BIN JUSOH, 1956, 085 PEKAN
    T705196, SAMSUDDIN B JUSOH , 1956, 118 SETIAWANGSA

    Match 2
    T0708111, JEROME LUCAS A/L LUCAS LOUIS, 1958, 085 PEKAN
    T708111, JEROME LUCAS A/L LUCAS LOUIS, 1983, 107 SUBANG

    Match 3
    T0713078, SAIDI BIN ISMAIL, 1961, 033 BESUT
    T713078, SAIDI BIN ISMAIL , 1961, 118 SETIAWANGSA

    Match 4
    T0713701, AMRAN BIN AWANG, 1966, 033 BESUT
    T713701, AMRAN B AWANG, 1966, 196 STAMPIN

    Match 5
    T0713794, MOHAMAD SHAMMI BIN AHMAD, 1965, 033 BESUT
    T713794, MOHAMAD SHAMMI BIN AHMAD, 1965, 085 PEKAN

    Match 6
    T0713844, JOHNNY HARPER@NORAZMAN BIN IBRAHIM, 1965, 159 PASIR GUDANG
    T713844, JOHNNY HARPER @ NORAZMAN BIN IBRAHIM , 1965, 118 SETIAWANGSA

    Match 7
    T0713938, HIPPENI BIN HAMZAH, 1964, 033 BESUT
    T713938, HIPPENI B HAMZAH, 1964, 196 STAMPIN

    Match 8
    T0714086, MOHAMAD NOR AHADI BIN HARUN, 1965, 033 BESUT
    T714086, MOHAMAD NOR AHADI BIN HARUN, 1965, 085 PEKAN

    Match 9
    T0714250, ZAKARIA BIN ABU BAKAR, 1967, 033 BESUT
    T714250, ZAKARIA B ABU BAKAR, 1967, 085 PEKAN

    Match 10
    T0714255, ZIHATOL IHAZAIR BIN SAYUTI, 1964, 033 BESUT
    T714255, ZIATOL IHAZAIR BIN SAYUTI, 1964, 107 SUBANG

    Itu baru 10, dan kedapatan beribu-ribu pengundi di dalam

    Zahid berkata :”Penubuhan Tentera Wataniah adalah sebagai usaha untuk membantu angkatan tentera dalam menjalankan tugas menjaga keamanan negara.”

    Kita ingin bertanya kepada Zahid semenjak negara mencapai kemerdekaan, bilakan masanya kita diserang oleh dari darat, udara atau laut oleh pihak tentera dari luar?

    Jelas menunjukkan bahawa tiada justifikasi lansung terhadap langkah Kementerian Pertahanan tersebut dan sewajarnya ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat menentang usaha tersebut di Dewan Rakyat bagi menghalang perencanaan jahat manusia-manusia gila kuasa dari UMNO-BN ini. From ; greenhoc.blogspot.com 

    Komen: Tentera tidak ada menggunakan Bat C 10 (Kad Pengenalan Tentera) bermula dengan kosong atau T0, kalau ada, itu adalah satu penipuan dan pengecut. Bat C 10 mesti bermula dengan nombor ini sebagai contoh T1011111 untuk Tentera Darat, T701111 bagi Tentera Udara dan T4111111, T3000000 dan banyak lagi, tidak pernah dalam sejarah bermula dengan nombor kosong atau T 010101010. Allah sentiasa melihat apa yang mereka lakukan.

    —————————————————————————————————–

    AMK KS  dan seluruh pendukung Pakatan Rakyat perlu bekerja keras sekarang untuk memansuhkan UNDI POS yang selama ini diragui ketelusannya. Tapi ingatlah kepada perancang penipuan ini. ‘ Kamu merancang dan Allah ada perancangan. Dan sesungguhnya ALLAH adalah sebaik Maha Perancang…

    Advertisements
     
  • amkksAdmin 12:33 PM on April 14, 2009 Pautan Kekal |  

    masthead-largeHari ini, masyarakat berketurunan Tamil pastinya gembira dengan ketibaan hari pertama tahun baru Tamil atau lazimnya disebut Puthaandu.

    Jika di Sri Lanka, masyarakat Tamil di sana meraikannya sebagaimana sambutan Hari Raya di mana yang tua dan dewasa akan menghadiahkan ‘duit raya’ kepada mereka yang masih bujang utamanya untuk kanak-kanak sebagai tanda kemurahan rezeki.

    Bagi penduduk desa, hari ini juga diraikan dengan acara ‘arpudu’ iaitu upacara menuai hasil ladang sebagai simbolik bermulanya kitaran baru aktiviti pertanian untuk tahun akan datang.

    Saya dan Azizah pastinya berkongsi kegembiraan dan mendoakan agar ikatan kekeluargaan yang terjalin senantiasa kekal dalam kebahagiaan.

    Buat rakyat Malaysia berketurunan Tamil yang meraikannya, saya ucapkan Iniya Tamizh Puthaandu Nalvazhthukkal!

    Tidak dilupakan juga buat masyarakat Sikh yang meraikan hari Vaisakhi. Gagasan hari Vaisakhi yang menyeru kepada persahabatan dan pemahaman bersama sewajarnya diterapkan terutamanya dalam konteks Malaysia yang majmuk.

    Ini juga sejajar dengan saranan Guru Gobind Singh Ji yang mengungkapkan: “Kemanusiaan itu sepadu, kita semua merupakan umat dari Tuhan yang satu”.

    ANWAR IBRAHIM

     
  • amkksAdmin 8:42 AM on April 14, 2009 Pautan Kekal |  

    hy_webservice707_1Kajian oleh Political and Economic Risk Consultancy (Perc)tahun ini menunjukkan prestasi kehakiman Hong Kong serta Singapura mendahului kita. Malaysia masih jauh di belakang Jepun, Taiwan dan Filipina. Kajian yang mengambil kira pandangan 1537 eksekutif korporat yang bekerja di Asia itu sudah tentu menghambat usaha memulihkan ekonomi negara yang sedang mengalami kemelesetan.

    Tambahan lagi angka mahupun maklumat yang boleh dijadikan rujukan prestasi ekonomi negara memperlihatkan kemungkinan yang merisaukan. Pengumuman Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bahawa jumlah penumpang yang menggunakan lapangan terbang di bawah kendaliannya jatuh sebanyak 9.2% menjadikan hanya 3.274 juta penumpang pada Febuari 2009 berbanding 3.606 juta pada bulan Febuari tahun lepas.

    Berulang kali saya ungkapkan manakala pentingnya jumlah dana utk ransangan ekonomi, memulihkan keyakinan umum termasuk komuniti pembentuk pendapat adalah ciri penting yang tidak boleh diketepikan ketika berhadapan dengan kegawatan kewangan. Komentar para pakar ekonomi menunjukkan pemantapan permintaan domestik memainkan peranan penting, dan ini tidak dapat dilakukan sekiranya rakyat tidak berkeyakinan terhadap pengurusan ekonomi.

    ANWAR IBRAHIM

    ————————————————————————————————————

    Ekonomi Malaysia 2009 – 2010 amat membimbangkan. Krisis ekonomi global yang berteraskan sistem kapitalisma kian menuju jalan penghujungnya. Justetu Malaysia wajar kembali merangka dan menukar keseluruhan sistem ekonomi negara agar kembali berpandukan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah. Saya amat tertarik dengan artikel yang dikemukakan oleh Harun Yahya,tokoh intelek Turki yang boleh dilayari di http://www.harunyahya.com yang memberi beberapa pendekatan yang boleh diambil untuk mengatasi kemelut ekonomi dan kewangan dunia.

    Mohd Ezli Mashut

     
c
Compose new post
j
Next post/Next comment
k
Previous post/Previous comment
r
Balas
e
Ubah
o
Show/Hide comments
t
Go to top
l
Go to login
h
Show/Hide help
shift + esc
Batal