Updates from April, 2009 Toggle Comment Threads | Kekunci Pintas

  • amkksAdmin 8:10 PM on April 15, 2009 Pautan Kekal |  

     

    time-1001-300x275Majalah antarabangsa Time sekali lagi mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai antara 100 orang tokoh paling berpengaruh dunia untuk tahun 2009. Pada tahun lalu, Anwar diiktiraf sebagai antara tokoh paling berpengaruh dalam kategori Pemimpin & Revolusioner sebaris dengan Barack Obama, Hillary Clinton, Dalai Lama dan Vladimir Putin.

    Sekiranya anda ingin memilih calon tokoh berpengaruh dunia untuk tahun 2009, anda boleh layari pautan di bawah:

     The 2009 TIME 100 Finalists

    PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

    ————————————————————————————

    Semua AMK KS  dan pendukung Keadilan perlu mengundi...

    Advertisements
     
  • amkksAdmin 7:55 PM on April 15, 2009 Pautan Kekal |  

    eli-wongKENYATAAN MEDIA

    APRIL 15, 2009

    KEPUTUSAN STATUS YB ELIZABETH WONG SHAH ALAM:

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) hari ini telah membuat keputusan untuk menawarkan YB Elizabeth Wong agar kembali meneruskan tugas beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan.

    Justeru itu, jika YB Elizabeth menerima keputusan ini, beliau akan diminta kembali dari cuti untuk meneruskan perkhidmatan beliau kepada Kerajaan Negeri dan rakyat Negeri Selangor mulai esok. Kerajaan Negeri juga berpendapat keputusan ini adalah wajar dan adil setelah mengambil kira pandangan semua pihak, kepentingan rakyat serta perkembangan mutakhir siasatan polis yang sehingga kini gagal membuat sebarang keputusan muktamad.

    DYMM Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga telah diberi taklimat tentang keputusan ini. Bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Negeri Selangor, saya menjujung kasih ke atas pendirian Tuanku untuk tidak mencampuri urusan politik serta memberi kepercayaan penuh kepada Kerajaan Negeri bagi membuat keputusan yang adil dan terbaik. Perlu ditekankan disini Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor memandang serius isu moral dan akan senantiasa memastikan pimpinan Negeri menjunjung prinsip ini.

    Oleh itu, jika ada sebarang bukti yang kukuh, Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya. Namun demikian, pendirian ini juga harus di imbangi dengan prinsip menghormati hak peribadi seseorang dan Kerajaan Negeri amat serius mempertahankan hak ini.(tamat)

    TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

    DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

     
c
Compose new post
j
Next post/Next comment
k
Previous post/Previous comment
r
Balas
e
Ubah
o
Show/Hide comments
t
Go to top
l
Go to login
h
Show/Hide help
shift + esc
Batal