AMK Kuala Selangor Mendoakan Kesejahteraan dan Kesihatan Baginda Sultan Selangor.

 

    sultan-26sep2006-105303Angkatan Muda Keadilan Bahagian Kuala Selangor akan sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Baginda Sultan Selangor,DYTM Sultan Sarafuddin yang akan menjalankan pembedahan tidak lama lagi di hospital terkemuka di Amerika Syarikat.

       Justeru seluruh ahli AMK Bahagian Kuala Selangor sentiasa mengharapkan agar Baginda Sultan Selangor selamat menjalani pembedahan dan sembuh sediakala untuk terus menaungi rakyat di Negeri Selangor.

        Malahan AMK Kuala Selangor juga mengesorkan agar semua rakyat di negeri ini yang beragama Islam akan mengadakan solat hajat di seluruh masjid-masjid dan surau-surau. AMK juga mencadangkan agar dalam doa khutbah Jumaat juga mengkhususkan agar Baginda Sultan Selangor selamat menjalani pembedahan tersebut.

        AMK Kuala Selangor juga berharap semua rakyat di negeri ini juga bersama-sama mendoakan agar Baginda Sultan Selangor sentiasa dilindungi oleh Allah dan beroleh kesihatan dan walafiat.

        Dalam pada itu juga, AMK Kuala Selangor mengarahkan agar semua ahli AMK sentiasa melaksanakan Solat Hajat dan doa sepanjang Baginda Sultan Selangor menjalani pembedahan tersebut.

        Semoga Baginda Sultan Selangor selamat menjalani pembedahan dan kembali ke Selangor untuk terus menjadi payung kepada rakyat di Negeri Selangor.

Mohd Faizal Baharuddin

Ketua AMK Bahagian Kuala Selangor