Updates from Jun, 2009 Toggle Comment Threads | Kekunci Pintas

  • amkksAdmin 8:05 PM on June 20, 2009 Pautan Kekal |  

        

    Ketua amk kuala selangor bersama Y.B Roziah

    dan Dato’ Anuar

     
  • amkksAdmin 10:06 PM on June 10, 2009 Pautan Kekal |  

    KENYATAAN MEDIA
    ANGKATAN MUDA KEADILAN
    Bahagian Kuala Selangor
    PARTI KEADILAN RAKYAT
    Untuk Edaran Segera
    10hb JUN 2009 / 16hb Jamadil Akhir 1430 H
    AMK Desak Tubuh Suruhanjaya Penyiasatan Bebas Untuk Siasat Skandal
    PKFZ
    Angkatan Muda Keadilan Bahagian Kuala Selangor mendesak agar satu Suruhanjaya
    Penyiasatan Bebas dapat diwujudkan segera untuk membuat siasatan dan dakwaan terhadap
    skandal PKFZ yang dilaporkan baru-baru ini. Sehingga kini tiada sebarang tindakan dilakukan
    untuk membongkar segala penyelewangan dan salah laku yang mungkin berlaku hasil laporan
    yang dikemukan baru-baru ini.
    AMK Bahagian Kuala Selangor juga menggesa agar seorang daripada Exco Kerajaan
    Negeri Selangor berada dalam anggota ahli mesyuarat Projek Port Klang Zone agar pihak
    kerajaan negeri Selangor juga dapat berperanan dan menjadi ‘check and balance’ kepada
    sebarang keputusan perlaksanaan projek PKFZ ini di masa hadapan.
    AMK Selangor memandang projek ini juga penting untuk memacu pertumbuhan
    ekonomi negara ketika dunia menghadapi krisis ekonomi global. Namun laporan yang
    dikeluarkan terbaru itu mengundang pelbagai persepsi dan tanggapan akan kemajuan dan
    survival projek ini untuk kepentingan negara dan rakyat.
    Malahan isu ‘conflicts of interest’ pihak-pihak yang dilaporkan tersebut perlu
    mengundang kepada siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tanpa
    perlu menunggu tindakan laporan daripada mana-mana pihak kerana jumlah biayai projek
    PKFZ ini mencecah Ringgit Malaysia berbillion-billion. Jelas rakyat perlu tahu ke mana wang
    rakyat dibelanjakan untuk tujuan projek ini.
    Akhirnya, AMK berharap satu tindakan segera dilakukan oleh pihak bertanggungjawab
    terhadap isu PKFZ ini. Semoga PKFZ ini dapat menjadi salah satu enjin ekonomi negara di
    masa hadapan dan tidak menjadi satu lagi projek mega yang menjadi projek gajah putih dan
    tidak memberi manfaat kepada negara dan juga rakyat.
    Mohd Faizal Baharuddin
    Ketua AMK Bahagian Kuala Selangor

    KENYATAAN MEDIA

    ANGKATAN MUDA KEADILAN

    Bahagian Kuala Selangor

    PARTI KEADILAN RAKYAT

    Untuk Edaran Segera

    10hb JUN 2009 / 16hb Jamadil Akhir 1430 H

    43_fs









    AMK Desak Tubuh Suruhanjaya Penyiasatan Bebas Untuk Siasat Skandal PKFZ

    Angkatan Muda Keadilan Bahagian Kuala Selangor mendesak agar satu Suruhanjaya Penyiasatan Bebas dapat diwujudkan segera untuk membuat siasatan dan dakwaan terhadap skandal PKFZ yang dilaporkan baru-baru ini. Sehingga kini tiada sebarang tindakan dilakukan untuk membongkar segala penyelewangan dan salah laku yang mungkin berlaku hasil laporan yang dikemukan baru-baru ini.

    AMK Bahagian Kuala Selangor juga menggesa agar seorang daripada Exco Kerajaan Negeri Selangor berada dalam anggota ahli mesyuarat Projek Port Klang Zone agar pihak kerajaan negeri Selangor juga dapat berperanan dan menjadi ‘check and balance‘ kepada sebarang keputusan perlaksanaan projek PKFZ ini di masa hadapan.

    AMK Selangor memandang projek ini juga penting untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara ketika dunia menghadapi krisis ekonomi global. Namun laporan yang dikeluarkan terbaru itu mengundang pelbagai persepsi dan tanggapan akan kemajuan dan survival projek ini untuk kepentingan negara dan rakyat.

    Malahan isu ‘conflicts of interest‘ pihak-pihak yang dilaporkan tersebut perlu mengundang kepada siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tanpa perlu menunggu tindakan laporan daripada mana-mana pihak kerana jumlah biayai projek PKFZ ini mencecah Ringgit Malaysia berbillion-billion. Jelas rakyat perlu tahu ke mana wang rakyat dibelanjakan untuk tujuan projek ini.

    Akhirnya, AMK berharap satu tindakan segera dilakukan oleh pihak bertanggungjawab terhadap isu PKFZ ini. Semoga PKFZ ini dapat menjadi salah satu enjin ekonomi negara di masa hadapan dan tidak menjadi satu lagi projek mega yang menjadi projek gajah putih dan tidak memberi manfaat kepada negara dan juga rakyat.

    Mohd Faizal Baharuddin

    Ketua AMK Bahagian Kuala Selangor

     
  • amkksAdmin 7:01 PM on June 10, 2009 Pautan Kekal |  

    KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

    10 Jun 2009, Petaling Jaya- Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media umno-bn tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

    Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden Pas. Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.

    Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

    ANWAR IBRAHIM
    KETUA PEMBANGKANG
    DEWAN RAKYAT MALAYSIA

     
c
Compose new post
j
Next post/Next comment
k
Previous post/Previous comment
r
Balas
e
Ubah
o
Show/Hide comments
t
Go to top
l
Go to login
h
Show/Hide help
shift + esc
Batal