AMK Desak Tubuh Suruhanjaya Penyiasatan Bebas Untuk Siasat Skandal PKFZ
KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN MUDA KEADILAN
Bahagian Kuala Selangor
PARTI KEADILAN RAKYAT
Untuk Edaran Segera
10hb JUN 2009 / 16hb Jamadil Akhir 1430 H
AMK Desak Tubuh Suruhanjaya Penyiasatan Bebas Untuk Siasat Skandal PKFZ
Angkatan Muda Keadilan Bahagian Kuala Selangor mendesak agar satu Suruhanjaya Penyiasatan Bebas dapat diwujudkan segera untuk membuat siasatan dan dakwaan terhadap skandal PKFZ yang dilaporkan baru-baru ini. Sehingga kini tiada sebarang tindakan dilakukan untuk membongkar segala penyelewangan dan salah laku yang mungkin berlaku hasil laporan yang dikemukan baru-baru ini.
AMK Bahagian Kuala Selangor juga menggesa agar seorang daripada Exco Kerajaan Negeri Selangor berada dalam anggota ahli mesyuarat Projek Port Klang Zone agar pihak kerajaan negeri Selangor juga dapat berperanan dan menjadi ‘check and balance‘ kepada sebarang keputusan perlaksanaan projek PKFZ ini di masa hadapan.
AMK Selangor memandang projek ini juga penting untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara ketika dunia menghadapi krisis ekonomi global. Namun laporan yang dikeluarkan terbaru itu mengundang pelbagai persepsi dan tanggapan akan kemajuan dan survival projek ini untuk kepentingan negara dan rakyat.
Malahan isu ‘conflicts of interest‘ pihak-pihak yang dilaporkan tersebut perlu mengundang kepada siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tanpa perlu menunggu tindakan laporan daripada mana-mana pihak kerana jumlah biayai projek PKFZ ini mencecah Ringgit Malaysia berbillion-billion. Jelas rakyat perlu tahu ke mana wang rakyat dibelanjakan untuk tujuan projek ini.
Akhirnya, AMK berharap satu tindakan segera dilakukan oleh pihak bertanggungjawab terhadap isu PKFZ ini. Semoga PKFZ ini dapat menjadi salah satu enjin ekonomi negara di masa hadapan dan tidak menjadi satu lagi projek mega yang menjadi projek gajah putih dan tidak memberi manfaat kepada negara dan juga rakyat.
Mohd Faizal Baharuddin
Ketua AMK Bahagian Kuala Selangor
Balas
Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.