pict1648

 

 

 

 

 

 

 

 

Pertandingan Tarik Tali AMK KS

 

 

 

 

 

 

 

 

Aktiviti AMKKS 2008:

  • 01/06/2008 – Mengikuti Mesyuarat AMK Negeri
  • 07/06/2008 – Mesyuarat Khas AMKKS (Mesyuarat Pemilihan Semula J/Kuasa AMKKS) di Pejabat Bahagian.
  • 14/06/2008 – Turut serta Mesyuarat PR bagi program Ceramah Perdana di pejabat Parlimen Kuala Selangor.
  • 14/06/2008 – Menghadiri Majlis Perasmian Pejabat Khidmat Rakyat Bdr Puncak Alam.
  • 15/06/2008 – Menghadiri Majlis Perasmian Pusat Khidmat Rakyat Saujana Utama.
  • 15/06/2008 – Mesyuarat AMKKS di Pejabat Bahagian.
  • 20/06/2008 – Turut serta dalam Program 100 Hari Kerajaan PR Selangor di Stadium Shah Alam.
  • 21/06/2008 – Turut serta dalam Program Ceramah Perdana di Sungai Buloh, Jeram.
  • 21/06/2008 – Menghadiri Majlis Perasmian Pejabat Parlimen Kuala Selangor.
  • 24/06/2008 – Mengikuti Majlis Dialog bersama Exco Negeri Dato’ Hassan Ali di Bukit Kuching.
  • 25/06/2008 – Menghadiri Mesyuarat Bersama Bahagian Kuala Selangor.
  • 28/06/2008 – Turut serta membantu mengawal keselamatan DSAI di Hotel Quality, Shah Alam
  • 06/07/2008 – Menghantar Skuad AMKKS bertugas dalam Program PROTES di Kelana Jaya.
  • 14/07/2008 – Mengikuti Mesyuarat AMK Negeri.
  • 19/07/2008 – Mengukiti Kursus Jati Diri Kepimpinan di Dewan Sivik MBPJ.
  • 24/07/2008 – Turut serta Program Ceramah Perdana peringkat Kuala Selangor di Stadium Melawati, Kuala Selangor.
  • 01/08/2008 – Mengikuti Program Ceramah DSAI di Bagan Datoh, Perak.
  • 03/08/2008 – Mengikuti Majlis Penyerahan 1700 Ahli Baru dan sambutan ulang tahun ke 5 PKR di Klang Executive Club, Klang.
  • 08/08/2008 – Turut serta Mesyuarat Perhubungan Negeri di kediaman MB.
  • 09/08/2008 – Mesyuarat AMKKS di pejabat Bahagian.
  • 10/08/2008 – Menghadiri majlis makan malam bersama DAP di Bantang Berjuntai.
  • 12/08/2008 – Turut serta Mesyuarat Perhubungan Negeri di kediaman MB.
  • 14/08/2008 – Menghadiri pertemuan rasmi bersama YDP MDKS.
  • 16/08/2008 hingga 26/8/2008 – AMKKS turut serta sebagai jentera pilihanraya Permatang Pauh.
  • 30/08/2008 – Turut serta dalam Sambutan Ambang Merdeka di Bandar Puncak Alam.
  • 10/09/2008 – Menghadiri majlis berbuka puasa bersama MB di kediaman Menteri Besar.
  • 16/09/2008 – Menghadiri Majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Rest.Warisan, Bukit Tinggi Klang.Anjuran AMK Bahagian Kapar,Shah Alam,Kuala Selangor,Kota Raja dan Shah Alam.
  • 18/09/2008 – Menghadiri Majlis berbuka bersama AJK Bahagian di Pejabat Bahagian.
  • 21/09/2008 – AMKKS menziarahi keluarga mangsa lemas di Tanjung Buah-buahan,Kg.Kuantan sambil menghulurkan derma.
  • 23/09/2008 – Mesyuarat Khas AMKKS di Pejabat Bahagian.
  • 08/10/2008 – Mesyuarat Khas AMKKS di Pejabat Bahagian.
  • 11/10/2008 – Mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan AMK Bahagian di Bandar Puncak Alam.
  • 11/10/2008 – Turut serta Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian Kuala Selangor.

 

1.           Mesyuarat Agung AMK Bahagian Kuala Selangor telah diadakan pada 11hb Oktober 2008 yang dihadiri seramai 36 orang yang diadakan di Dewan Orang Ramai Puncak Alam 2, Puncak Alam Selangor Darul Ehsan. Ia telah dirasmikan oleh Saudara Syamsul Iskandar Mohd Akin selaku Ketua AMK Malaysia.

2.           Terlibat dengan Mesyuarat Agung PKR Bahagian Kuala Selangor yang diadakan pada 11hb Oktober 2008 di Hotel De Palma Kuala Selangor yang dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim.

3.           Sebanyak 5 mesyuarat AJK AMK telah diadakan sepanjang 2008. Beberapa aktiviti telah dirancang dan akan digerakkan sepanjang tahun 2009 ini kelak.

4.           Menubuhkan beberapa biro di bawah AMK Bahagian Kuala Selangor untuk memastikan gerak kerja AMK bertambah pantas dan efektif. Biro-biro ini masih dalam proses pemantapan dan pengemaskinian gerak kerja.

5.           Mengemaskinian data-data ahli AMK di Bahagian Kuala Selangor agar satu database yang lengkap dan dapat digunakan dengan baik kelak.

6.           Membuat kenyataan akhbar kepada pihak media dalam beberapa isu:

i)             Isu tindakan YDP MDKS yang tidak memberi penghormatan kehadiran AMK di Kuala Selangor.

ii)           Isu Keselamatan Jalan di Puncak Alam.

iii)          Isu ancaman bau busuk akibat kilang baja di Desa Coaldfield, Saujana Utama.

iv)         Isu pembelian Kerajaan Negeri Selangor kereta rasmi baru Toyota Camry.

v)           Isu antara Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Saudara Ezam Mohd Noor terhadap surat damai dengan Tun Mahathir Mohammad.

vi)         Isu penglibatan golongan muda dalam membantu anak syarikat kerajaan Negeri Selangor.

vii)        Isu kenaikan harga barangan yang berterusan apabila harga petrol telah turun.

7.           Terlibat dengan Kongress Nasional PKR 2008 di Stadium Melawati Shah Alam, skuad AMK Bahagian Kuala Selangor telah dihantar bersama-sama membantu melicinkan perjalanan Kongress.

8.           Terlibat dalam Pilihanraya Kecil Parlimen di Permatang Pauh. Membantu dalam urusan jentera pilihanraya di sana dengan menghantar satu pasukan khas ke sana untuk memastikan kemenangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

9.           Terlibat dalam program Bantuan Persekolahan Pelajar di Kuala Selangor. Murid-murid yang layak diberi bantuan kasut persekolahan. Program AMK telah dijalankan di Dewan Orang Ramai Bukit Kuching Tengah bersama penerima bantuan seramai 20 orang murid.

10.        Mengadakan kejohanan Bola Sepak Piala AMK Bahagian Kuala Selangor yang diadakan di Parit Mahang, Jeram Selangor Darul Ehsan.

11.        Terlibat dalam program Usahawan AMK Selangor yang diadakan bersama dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Tuan Haji Yaakob Sapari di SUK Selangor Darul Ehsan.

12.        Mengaktifkan blog AMK Bahagian Kuala Selangor dengan mamasukkan artikel-artikel , info-info serta laporan aktiviti bergambar.

13.        Mengadakan perbincangan dengan Timbalan Pengurus PKNS dan beberapa penggerak sukan PKNS dalam usaha untuk mengadakan program Klinik Bola Sepak di 3 DUN Parlimen Kuala Selangor.

14.        Terlibat dalam gotong royong perdana di Bestari Jaya bersama Dato Menteri Besar Selangor yang diadakan serentak juga program seumpamanya di seluruh negeri Selangor Darul Ehsan.

15.        Terlibat dalam program Laman Dapur yang dirasmikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim di Batu 28 Ijok, Kampong Harmoni,Selangor Darul Ehsan.

16.        Memberi sumbangan kepada keluarga mangsa lemas di Kampung Kuantan,Kuala Selangor. Malahan pihak AMK membuat gesaan kepada pihak MDKS untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan ke semua jeti pelabuhan di Daerah Kuala Selangor ini.

17.        Memberi sumbangan kepada mangsa ribut di Assam Jawa.

18.        Memberi sumbangan kepada keluarga mangsa kemalangan bas di DUN Jeram. Kemalangan maut ini adalah antara bas kilang dan sebuah lori yang telah mengakibatkan 3 orang maut termasuk 2 orang wanita pekerja kilang yang tinggal di Parit Mahang dan Bukit Kuching.

19.        Program perasmian 4 JDM di DUN Jeram. Program ini telah dihadiri lebih 600 orang daripada kawasan sekitar untuk sama-sama terlibat dalam perjuangan PKR.

20.        Memantau isu-isu setempat rakyat yang berkaitan dengan permasalahan rakyat khususnya di Daerah Kuala Selangor.

21.        Terlibat dalam Dialog bersama kepimpinan PKR Selangor yang diadakan di tingkat 3, Pejabat MB di Ijok yang membincangkan pelbagai isu dalaman PKR di bahagian Kuala Selangor.

22.        Terlibat dalam program-program perayaan semua kaum yang diadakan secara bersama-sama dengan rakyat di Daerah Kuala Selangor.

23.        Ketua AMK bersama-sama pimpinan pusat dan negeri menghantar dan membuat laporan rasuah kepada BPR (pada ketika itu) SPRM di Putrajaya.

24.        Lawatan bersama dan memberi bantuan Exco Kerajaan Negeri Selangor kepada warga tua dan miskin yang berada di Bukit Kuching,Jeram.

25.        Program Makan Malam Amal Selamatkan Palestin : Hotel De Palma Kuala Selangor.

26.       Program Rapat Anak Muda Selangor/KL di Dewan Sivik Petaling Jaya,Selangor.

27.      Membantu jentera Pilihanraya Kecil di Batang Ai,Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

28.     Pertandingan Tarik Tali Sempena 1 Tahun pemerintahan Kerajaan Baharu Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor.